Gerakan Menangkap Pemimpin Alternatif

Polis menjalankan gerakan menangkap pemimpin-pemimpin parti alternatif yang terbabit dengan perhimpunan rakyat di Masjid Negara Ahad lepas. Antara yang ditahan sehingga 12.30 malam tadi adalah Azmin Ali, HIshamuddin Rais, Dr Hatta Ramli, Malik Husin dan Sivarasa. Manakala yang akan ditangkap lagi adalah Ezam, Salahuddin Ayub, Tien Chua dan dua lagi yang belum diketahui oleh kami.

Mereka dijangka akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.