Pendedahan Terengganu Siri:3 - Kaedah Pemberian Kontrak Di Negeri Terengganu.

Pemberian projek-projek yang telah diluluskan di negeri Terengganu kesemuanya mempunyai campurtangan MB Wan Mokhtar atau lain-lain exco. MB dan kebanyakkan exco akan ditemui oleh pelbagai kontraktor untuk mendapat sesuatu projek. Lazimnya, bagi melayan kontraktor-kontrakor tersebut, MB dan exco ini akan mengeluarkan surat sokongan kepada kontraktor terlibat.

Layanan akan diberikan untuk mana-mana kontraktor yang datang – dan bagi menjaga hati mereka dan bagi mendapat sokongan dari kontraktor-kontrator tersebut, surat sokongan memang dikeluarkan. Kadangkala, berlaku di mana hampir kesemua kontraktor yang menyertai sesuatu tender mempunyai surat sokongan. Kadang-kadang kesemuanya dari MB. Yang anih dan selalu berlaku, kontraktor yang tidak mempunyai surat sokongan pula yang dapat projek. Jadi kononnya, nampak seolah-olah MB dan exco tidak ada kuasa dalam pemberian kontrak.

Walhal, menurut seorang Datuk yang pernah menduduki suatu jawatan kanan dalam pentadbiran negeri, surat-surat sokongan tidak mempunyai kesan atau timbangan istimewa dari para pegawai Terengganu Civil Service (TCS). Pegawai-pegawai tersebut telah pun mendapat arahan lain secara lisan dari pihak atasan untuk siapa sesuatu projek harus diberikan. Dengan cara ini ianya lebih bersih dan sukar dikesan.

Memang mudah diagak hampir kesemua projek akan diberikan kepada kroni mereka. Jika tidak pun ada sesuatu yang telah disepakati di antara syarikat yang mendapat kontrak dengan sesetengah exco.

1. Projek Pembesaran Lapangan Terbang menelan belanja RM800 juta. RM500 juta adalah untuk kerja-kerja kontrak dan selebihnya adalah untuk pengambilalihan tanah. Dari RM500 juta, kontrak sebanyak RM450 juta telah diberikan kepada syarikat Daim. Dan RM50 juta lagi untuk sebuah syarikat anak negeri Terengganu – juga kroni.

2. Projek Perpustakaan Negeri yang baru. Telah diberikan seorang tauke Cina yang masuk Islam. Beliau adalah anak angkat Datuk Wan Kadir (Allahyarham). Isteri Wan Kadir ialah Senator Wan Asiah (adik MB Wan Mokhtar). Datuk yang memberi maklumat kepada saya menambah, Tauke ini selalu datang ke rumah Senator Wan Asiah di Keramat KL. Anak lelaki Senator Wan Asiah (yang sedang di groom kan oleh Wan Mokhtar) selalu menaiki kereta Mercedes bersama Tauke tersebut.

3. Projek IT GIS Terengganu (TEGIS) beberapa tahun lalu. Diberikan kepada anak syarikat negeri sendiri yang mempunyai usahasama dengan Solsis (syarikat anak Dr. Mahathir). Projek tersebut masih tidak tertentu halanya setelah 2-3 tahun dimulakan. Solsis telah pun keluar dari syarikat Solsis YPK. Tinggallah YPK (Yayasan Pembangunan Keluarga) untuk melaksanakan projek IT. Projek tersebut, menurut Datuk ini, terpaksa diberikan kepada Solsis YPK kerana pada masa itu syarikat tersebut sedang dalam kerungian yang teruk dan diharap projek tersebut dapat memulihkan Solsis YPK. Tawaran Solsis YPK adalah yang paling tinggi berbanding dengan 4 penender lain (yang kebetulan pula semua penender lain memang pun pakar dalam GIS – bukannya Solsis) dalam tender tersebut. Beliau turut menyebut beberapa projek yang telah diberikan dengan mudah dan dengan harga yang tinggi kepada Datuk Yusof dan Datuk Azahar (bekas SUK).

Kesemua projek yang diberikan kepada mereka adalah pada tawaran harga yang jauh lebih tinggi dari apa yang dianggarkan oleh pihak JKR negeri. Soal ada pihak yang mendapat ganjaran dari sesuatu projek diketahui umum di kalangan mereka yang berada di atas. Malah mereka fahami giliran mereka yang telah dibahagi-bahagikan. Sebab itulah dikalangan mereka, mereka jaga kain masing-masing. Namun, sesetengah mereka tetap ada yang tamak – maka ada yang mengungkit. Pendedahan-pendedahan sebelum ini boleh didapati antara lain di laman-laman berikut:

http://members.tripod.com/mahafiraun/14p09dedah1.htm http://members.tripod.com/mahafiraun/14p09dedah.htm
http://members.tripod.com/~doimoi99/dm1309ib.htm http://members.tripod.com/~mahazalimr/140999xx.html

Bersambung … Sekian.

Ibrahim Baba 14 September, 1999.