Tragedi Dalam Sejarah Negara


Tidak pernah dalam sejarah negara Malaysia moden, seorang tokoh politik cuba dibunuh secara senyap seperti yang dihadapi oleh DS Anwar Ibrahim ketika ini. Seperti yang dikatakan oleh DS Mahathir Mohamad, ianya memang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Walaubagaimanapun dalam era Malaysia Boleh memang banyak perkara yang tidak pernah berlaku dulu, tetapi ianya berlaku sekarang seperti pendakian Gunung Everest, mengelilingi dunia dan sebagainya yang tidak pernah disangka oleh rakyat negara ini.

Termasuk juga, kita semua tidak menyangka seorang Ketua Polis boleh menumbuk sehingga lebam mata seorang bekas Timbalan Perdana Menteri. Dan kini, satu lagi yang tidak disangka telah berlaku yang menunjukkan kezaliman pimpinan kerajaan yang memerintah.

Apa yang membimbangkan kita adalah bukan setakat nasib Anwar tetapi nasib agama dan bangsa kita di negara ini. JIka seorang yang berwibawa boleh dibunuh hanya untuk mempertahankan nafsu dan ketamakan seorang dua individu dan pengikutnya maka apalah ertinya nyawa kita yang hanya seorang manusia biasa di negara ini.

Yang malangnya, Dr Mahathir tidak memberikan jaminan akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat dakwaan Anwar tetapi menyalahkan pihak-pihak lain termasuk Anwar sendiri yang cuba melakukan tindakan bagi menjatuhkan kerajaan (ie Mahathir). Atau dalam kata, Mokhtar Abdullah yang bermaksud, keluarga Anwar yang cuba meracun Anwar. Alangkah ajaibnya.

Tidak termampu lagi saya untuk menulis nota pengarang ini kerana sudah tidak mampu untuk menahan kemarahan yang tidak terhingga terhadap orang yang menganggap kita semua ini bodoh. Hentikan lah tindakan mereka yang zalim itu sebelum rakyat sendiri mengajar mereka agar jangan pula negara kita ini termasuk antara benda yang ajaib di dunia selain Taj Mahal dan sebagainya.

Ketua Pengarang

Apa Komen Anda