Ariffin Jaka gagal semasa menuntut di Singapura.

Bapa saudara saya , seorang MCKK old boys dan pernah menjawat jawatan tinggi di dalam kerajaan, terkejut apabila membaca biodata Hakim Arifin Jaka petikan dari Prospektus syarikat DATAPREP yang saya cetak dari laman-laman web reformasi.

Kata bapa saudara saya sebenarnya Arifin Jaka gagal dalam tahun akhir beliau semasa belajar undang-undang di Singapura. Itulah sebabnya beliau bekerja dengan Jabatan Kastam sahaja pada mulanya. Arifin hanya ke Lincolnís Inn selepas berkahwin, dengan anak seorang Pegawai Kastam juga.

Kalau tidak percaya tanya dengan Karpal Singh yang sama-sama belajar sezaman dengan Arifin, kata bapa saudara saya. Sebab itu Arifin segan dengan Karpal kerana Arifin tahu tembelangnya di Singapura diketahui oleh Karpal. Malah mereka selalu berdebat semasa sama-sama menuntut.

Bapa saudara saya yang tahu banyak perihal latar belakang Arfin Jaka bersedia untuk menulis satu hari nanti jika Arfin membuat perangai dan berlaku tidak adil.

Sekian

Ibrahim Baba

20 September, 1999