Siapa Ketua Perusuh

Setiap kali bila berlangsungnya Pilihanraya, pasti berlaku insiden-insiden seolah olah rusuhan seperti membakar tayar, memukul orang, mengugut dan pelbagai insiden lain.

Perkara perkara terancang seperti ini pastinya ada Organisasi dan dalang.
Dalam BN perkara ini adalah biasa :-

Pilihanraya tahun 82 di Kelantan Ketua Perusuh yang membakar tayar , yang cuba membuat huru hara tak lain dan tak bukan ialah Dato' Paduka Haji Senator Ibrahim Bin Haji Ali. Pada ketika itu menyebelahi Tengku Razaleigh dengan harapan sekiranya menang menduduki Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Semasa di Sabah tahun 85 Ketua Perusuhnya ialah Datuk Sanusi Junid . Tidak ramai yang tahu, beliau mempunyai kebolehan mengusai 6 bahasa dengan fasih termasuk bahasa Tamil malah boleh menulis Tamil dengan baik. Sesiapa jua yang akrab dengan beliau pasti tahu hubungan beliau dengan YAKUZA ( Gerakan mafia Jepun ) dan C.I.A.

Beliau mempunyai rakan-rakan dalam konsi gelap di Malaysia , Thailand dan kenalan di merata dunia yang terlibat dengan gerakan subversif. Tuan Haji Aziz Desa yang merupakan bekas pengacara TV3 dan setiausaha beliau memang kenal benar dan sering menyatakan pada orang di sekeliling beliau akan kehebatan Boss nya.