Malang Seorang Perdana Menteri

Hakikatnya dalam kertas-kerja kertas-kerja kepada Perdana Menteri, beliau cukup takut kehilangan kerusi "Melayu ".Semangat Melayu dalam menentang sememangnya kuat dan tidak pernah takut dalam menghadapi apa jua rintangan . Malahan Dato' Seri Dr. Haji Mahathir sendiri cukup takut sekiranya PAS terus-menerus mengecam UMNO tidak memperjuangkan hak orang Melayu.

Beliau merasa agak selesa kerana PAS hanya membawa perjuangan Islam dan bukan hak keistemewaan orang Melayu yang mana di Malaysia Ianya adalah senjata sulit Dato' Seri Dr. Haji Mahathir bin Haji Mohammad Iskandar Kutty dan perjuangan UMNO.

Kerana itu juga semasa Demontrasi beliau begitu gusar dan bimbang atas senario yang berlaku . Sebahagian besar yang terlibat adalah orang Melayu sedangkan bangsa lain penglibatan mereka sedikit. Yang kena pukul pun orang Melayu. Yang Memukul pun orang Melayu . Yang merancang dan memberi arahan juga orang Melayu.

Selain itu, beliau merasakan beliau tidak selamat bila berada di kawasan yang ramai Melayu. Beliau phobia beliau di bunuh oleh orang Melayu seperti cerita-cerita Melayu lama ( Sultan Mahmud Mangkat Di Julang).

Beliau pernah melahirkan rasa amat bimbang sekiranya orang Melayu mengamok atas teori beliau * amok* adalah perkataan bahasa Melayu yang diinggeriskan disebabkan semangat Melayu yang tidak takut dalam perjuangan.

Keselamatan beliau dari 5 orang bodyguard telah digandakan kepada 250 orang yang mengelilingi beliau secara STAR POINT dalam jarak 250-300 meter..

Rumah beliau di Seri Perdana lebih kepada rumah mesyuarat .

Beliau juga lebih berasa selamat untuk tinggal di Sungai Besi dekat dengan airport TUDM dan adakalanya di Bangi.


Komen Anda